Selamat Jalan.....
Semalam hari yang indah...
Hari terakhir si dia di Malaysia, sebelum ke Amman untuk 5 bulan berikutnya..
Pulang menemui yang tersayang, tapi sedikit pun aku tak gundah..biarlah..
Kami berborak buat sejam yang terakhir, setiap detik aku hargai seolah dia akan pergi selamanya..
memang tiada alasan untuk merindu..
kerana kami bukan kekasih
kerana kami bukan kawan
kerana kami bukan sepasang
kerana kami bukan cinta
Cuma kami ada jalinan....yang terbatas dari segi perasaan, namun menjangkau sempadan persahabatan
Sebelum dia berangkat sejam yg lalu, masuk satu sms..
"Abg, dah nak fly ni, thanks for everything...kalau ada rezeki, kita jumpa lagi okey next time.."
Tetiba rasa rindu...and rasa macam kehilangan..
sehingga aku tersedar, rindu pun harus mempunyai batasan...cinta pun harus ada ruang..
because he's not belong to me, so do i'm not his belonging...
So biarlah jalinan kekal dalam perangkap batasan, rasanya itu lebih membahagiakan..
"Selamat jalan, semoga selamat sampai, selamat belajar dan lulus cemerlang, and selamat kembali ke Malaysia nant k...insyaallah nanti kita jumpa lagi okey.."
0 comments:
Post a Comment